Badan induk bolasepak dunia, FIFA menggantung 11 pemain Vietnam selepas disahkan terlibat dengan pengaturan perlawanan ketika saingan kelayakan Kejuaraan Bolasepak Kebangsaan B21 tahun lalu.
Huỳnh VÄn Tiến antara 11 pemain yang beraksi untuk kelab Äá»ng Tháp yang digantung FIFA bermula 11 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2025.
Malah beliau turut dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti bolasepak anjuran VFF serta dikenakan denda VNÄ5 juta atau US$217.
Sementara 10 pemain dikenakan penggantungan selama enam bulan oleh FIFA berkuat kuasa dari 11 Mei sehingga 10 November 2020 dan turut dikenakan denda VNÄ2.5 juta seorang oleh Jawatankuasa Displin VFF.
Menurut Setiausaha Agung VFF, Lê Hoà i Anh kepada media tempatan, pihaknya telah menerima kenyataan daripada FIFA.
Malah, Huỳnh VÄn Tiến menerima denda da hukuman paling tinggi kerana menjadi ketua dan mempengaruhi 10 pemain lain untuk terlibat dalam gejala mengatur perlawanan.
10 pemain lain adalah Nguyá» n Nháºt TrÆ°á»ng, Nguyá» n Anh Phát, Võ Minh Trá»ng, Lê Nhá»±t Huy, Giang SÃŽ Ny, Trần Hữu NghÄ©a, Cao Tấn Hoà i, DÆ°Æ¡ng VÅ© Linh, Kha Tấn Tà i dan Trần CÃŽng Minh.
Insiden mengatur perlawanan berlaku ketika 11 pemain ini ketika perlawanan diantara Äá»ng Tháp menentang VÄ©nh Long pada 19 Jun tahun lalu bagi saingan kelayakan kumpulan C kejohanan B21.
Mereka bertaruh VNÄ15 juta atau US$6,448 jika perlawanan berkesudahan samada dua gol dan kebawah.
Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1 sekaligus menyaksikan Äá»ng Tháp dan rakan rakan berjaya memenangi wang taruhan dan tambahan VNÄ133 juta atau US$5,718 dan dibahagi secara sama rata.