Oleh Ku Mohd Lufti
Pasukan Felda United FC mensasarkan sekurang kurangnya satu trofi berjaya diraih bagi musim 2017.
Azmi Mohamed yang diberi peranan untuk mengendalikan skuad The Fighters musim ini tetap mengingatkan pemain pemain persiapan dan fokus utama mereka adalah dalam saingan Liga Super.
âLiga tempatan kita meletakkan satu piala dan AFC kita cuba sebaik mungkin untuk pergi ke pusingan kedua kerana ini adalah pengalaman pertama pemain pemain.
âKita juga ada ramai pemain pemain muda yang akan didedahkan dan ini akan menjadi pengalaman yang baik untuk mereka,âkata Azmin.
Beliau turut menambah, Felda United masih belum melengkapkan kuota pemain import dan mereka yang akan dipilih kelak perlu segera menyesuaikan diri.
Masih memerlukan masa untuk mencari keserasian dikalangan pemain tempatan kerana hanya pemain import sahaja yang tampak mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan yang dirancang.
Bagi musim ini, Felda United mengekalkan 11 pemain musim 2016 dan mempertaruhkan 13 pemain baru untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim 2017.