Tuan rumah Sukan SEA 2019, Filipina mensasarkan kedudukan tiga teratas bagi temasya dwi tahunan edisi ke 30 tahun depan.

Namun, sasaran untuk muncul juara keseluruhan dilihat tidak mustahil andai perancangan yang telah dijalankan berjalan dengan lancar.

Selau tuan rumah, Filipina mahu memperbaiki kedudukan edisi ke 29 dimana mereka menamatkan saingan dikedudukan keenam keseluruhan.

Keputusan yang terhasil di Kuala Lumpur Ogos tahun lalu masih belum mampu untuk mengatasi pencapaian terbaik yang pernah dilakukan, menduduki tangga kelima ketika di Sukan SEA Laos pada 2009.

Pada 2007 di Thailand dan 2011 di Indonesia Filipina menduduki tangga keenam keseluruhan, masih gagal untuk sekurang kurangnya menyamai pencapaian pada 2009.

“kami mahu memperbaiki kedudukan daripada ke 6 kepada sekurang kurangnya tiga teratas. Jika dapat untuk memburu gelaran juara keseluruhan, sudah tentu kami akan cuba lakukan,”kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina, Ricky Vargas.

Ketika di KL 2017, Filipina meraih 23 pingat emas untuk menghuni tangga keenam manakala Malaysia selaku tuan rumah yang juga juara keseluruhan mengumpul 145 pingat emas manakala Thailand di kedudukan kedua dengan 71 pingat emas.

Temasya Sukan SEA ke 30 di Filipina dijadual berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2019.

Sebanyak 30 sukan bakal dipertandingkan di Sukan SEA ke 30 nanti, namun jumlah itu mungkin akan berubah jika negara negara yang mengambil bahagian melakukan rayuan untuk menambah jumlah sukan yang akan dipertandingkan.

Senarai akhir jumlah sukan dan acara yang akan dipertandingkan di Sukan SEA ke 30 dijangka akan dimuktamadkan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) pada November .

 

 

- Advertisement -