Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC) Bambol Tolentino terus mendesak tuan rumah Sukan SEA 2021, Vietnam untuk menambah jumlah sukan di temasya edisi ke 31 itu.
Vietnam sebelum ini kekal dengan pendirian untuk tidak menambah jumlah acara sukan dimana majoriti acara yang akan dipertandingkan terdiri daripada sukan sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
Ketika Filipina menjadi tuan rumah ketika Sukan SEA 56 jenis sukan dipertandingkan yang menawarkan 530 pingat emas.
Tolentino yang mahukan lebih banyak sukan dipertandingkan memberi bayangan Filipina mahukan gelaran juara keseluruhan untuk kali kedua berturut turut.
Sukan arnis, dan tarian menjadi ‘lubuk’ Filipina untuk membolot emas sekaligus menduduki tangga teratas dalam 11 negara yang bertanding dengan jumlah 149 pingat emas diraih diikuti Vietnam dengan 98 pingat emas untuk berada di tangga kedua.
 Setakat ini 36 sukan telah dimuktamadkan dimana dua pertiga daripada jumlah tersebut merupakan sukan sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan Sukan Asia.