Oleh Muhammad Aiman
Filipina akan memastikan acara julung kali, Larian Baton Bangkit Bersama bersempena Kuala Lumpur 2017 dilangsungkan dalam suasana yang meriah.
Penolong Eksekutif Senior Pesuruhjaya Sukan Filipina, Ronnel Abrenica menjelaskan acara tersebut dijadual berlangsung pada jam enam pagi waktu tempatan pada 12 Mac, bermula dari perkarangan Istana Malacanang dan tamat di Pusat Kebudayaan Filipina di bandar Pasay melibatkan jarak keseluruhan 7.7 Kilometer.
Atlet yang merangkul anugerah “Athlete of the Year”, Hidilyn Diaz oleh Persatuan Penulis Sukan Filipina (PSA) yang memenangi pingat perak dalam acara angkat berat di Sukan Olimpik Rio tahun lalu serta Senator Emmanuel Manny Pacquiao disahkan akan turut serta sebagai pembawa baton.
Selain Diaz dan Pacquiao, antara atlet lain yang terlibat seperti Gilas Pilipinas, atlet atlet olahraga, atlet para, Jerrold Mangliwan dan Josephine Madinah, serta wakil wakil daripada university tempatan.
Larian Baton peringkat kedua ini akan diketuai oleh Pesuruhjaya Sukan Filipina dan Kedutaan Malaysia.
Pengerusi Pesuruhjaya Sukan Filipina, William “Butch” Ramirez menjelaskan, larian baton ini merupakan satu simbolik baton run adalah upacara yang penuh dengan makna simbolik kemanusiaan dan persahabatan.
Filipjan menjadi tuan rumah acara ini sebanyak dua kali iaitu pada 1981 dan 2005, dan negara ini akan menjadi tuan rumah untuk kali ketiga pada 2019.