Pengerusi Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC), William Butch Ramirez meluahkan keyakinannya Filipina mampu menjadi penganjur terbaik ketika Sukan SEA ke 30 pada 2019 nanti.
Malah, beliau juga tidak menolak kemampuan atlet negara itu untuk muncul juara di temasya dwitahunan itu kelak.
Keyakinan itu disuarakan selepas agensi kerajaan negara itu memberi bantuan kepada atlet atletnya termasuk menjalani latihan diluar negara, justeru Ramirez berpendapat tidak ada alasan mengapa Filipina tidak mampu untuk mempamer aksi yang cemerlang di temasya itu nanti.
âSaya yakin kami mampu untuk memenangi emas pertama di Sukan Olimpik dan muncul juara keseluruhan di Sukan SEA [ada 2019 nanti,âkata Ramirez.
âSaya mengharapkan untuk tempoh lima tahun akan datang, PSC mampu untuk melakukan dengan lebih baik,âkatanya lagi.
William Butch Ramirez kembali menggalas tugas selaku pengerusi PSC pada 2016 atas saranan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
âKami berada di sini untuk membantu atlet agar mereka mempamer aksi yang konsisten di semua kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA,âkatanya lagi.
Kali pertama negara itu memenangi kejohanan diperingkat seranta pada 2005 dimana Ramirez merupakan individu yang bertanggungjawab dalam bahagian sukan ketika itu.
Sebelum menjadi penganjur Sukan SEA, pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian di Sukan Asia di Jakarta dan Palembang dengan harapan dapat mengatasi pencapaian satu pingat emas, tiga pingat perak dan 11 pingat gangsa ketika di Sukan Asia 2014 di Incheon.
Bagi 2018, Ramirez mahu memperbaiki beberapa perkara yang telah dikenalpasti dari tahun 2017 termasuk melakukan perancangan dan kerjasama dengan sektor lain serta persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2020.
âPada 2017, kami melakukan banyak perkara penting dan mempelajari sesuatu dan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Dalam negeri dan Kerajaan Tempatan (DILG), Bahagian Pendidikan (DepEd), Suruhanjaya Tinggi Pelajaran dan institusi pengaian tempatan untuk mengukuhkan lagi program pembangunan.âkatanya lagi.
Ketika Sukan SEA ke 29 di Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu, Filipina menamatkan saingan di kedudukan ke  6 keseluruhan dengan kutipan 24 pingat emas, 34 pingat perak dan 63 pingat gangsa.- OLEH KU MOHD LUFTIÂ