Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) meluluskan permintaan kelab La Liga untuk melangsungkan aksi final Copa del Rey dengan kehadiran penonton.

RFEF dijangka meluluskan keputusan ‘berani’ itu dimana aksi final melibatkan Athletic Bilbao dan Real Sociedad akan dilangsungkan dengan kehadiran penyokong selepas ancaman Covid 19 sudah tiada.

Kedua dua fibalis sanggup untuk menunggu sehingga penonton kedua dua pasukan dibenarkan ke stadium bagi menyaksikan sepak mula final.

Aksi final Copa del Rey sepatutnya dijalankan pada 18 April di Seville namun ditunda susulan penularan Covid 19 yang membadai Sepanyol

Pemegang taruh juga yakin aksi liga domestik boleh disambung semula pada pertengahan Jun dalam suasana tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Situasi ini dijangka berlaku sehingga 2021 untuk memastikan tiada lagi jangkitan Covid 19 yang berlaku di negara itu dan dipastikan Sepanyol benar benar pulih sepenuhnya.

RFEF akan mengambil langkah langkah yang wajar untuk memantau perkembangan semasa COvid 19 dinegara itu sebelum memberi kata putus berhubung tarikh final Copa del Rey.

Sepanyol telah merekodkan lebih 25 000 kematian meskipun data bagi jangkitan baru Covid 19 menunjukkan penurunan setiap hari

Sepanyol telah membenarkan atlet negara itu untuk menjalani latihan di gelanggang secara individu manakala pemain pemain kelab bolasepak masih belum dibenarkan sehingga kesemuanya menjalani ujian saringan dan disahkan negatif.

 

- Advertisement -