fam

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas menerima desakan daripada pelbagai pihak, badan induk bolasepak Malaysia (FAM) menasihatkan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk menyediakan tiket bagi kanak kanak.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah menjelaskan, persetujuan dicapai ketik Mesyuarat Exco FAM yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalinggam.

“Pada mesyuarat tadi, kami jugak menasihatkan FMLLP untuk menyediakan sebanyak dua ribu keping tiket berharga lima ringgit untuk dijual kepada mana mana kanak kanak yang hadir.Tiket berkenaan akan dikeluarkan selewat lewatnya dua hari lagi.”Kata Datuk Seri Affandi Hamzah.

Keputusan FMLLP untuk memansuhkan tiket bagi kanak kanak nyata menerima kritikan termasuk Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Jualan tiket kanak kanak akan diagihkan kepada persatuan bola sepak bagi PKNS FC dan JDT mengikut peratusan tiket dewasa, manakala bakinya akan dijual di atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaskan, ia diputuskan bukan atas dasar desakan daripada pelbagai pihak, namun sikap keterbukaan FMLLP untuk menerima sebarang kritikan untuk penambahbaikan.

“Tekanan sentiasa ada termasuk untuk kurangkan harga tiket, tetapi kita putuskan harga tiket kekal. Kita tetap akan kekal program untuk seribu kanak kanak terpilih namun ia belum diterima pakai.”

“Orang ramai masih belum memahami konsep yang baru ini, Jika dilihat masih belum mencukupi, nasihat daripada ahli jawatankuasa FAM adalah mengadakan semula jualan tiket kepada kanak kanak” Kata Kevin Ramalinggam.

Malah, beliau turut menjelaskan harga bagi tiket perlawanan akhir masih lagi kekal, iaitu RM 50.

Tambah Kevin lagi, kepada ibu bapa yang sudahpun mendapatkan tiket perlawanan, boleh mendaftar di laman sesawang http://footballmalaysia.com untuk mendaftarkan anak anak mereka bagi menyertai program khas yang dianjurkan FMLLP.

- Advertisement -