Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan program kolaborasi penyerahan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor

F&N dan MSN turut bekerjasama dengan Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang turut bersama sama terlibat dalam program ini.

F&N diwakili Pengerusi, Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengarah Perhubungan Kerajaan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N Holding Berhad, Datuk Raffiq MD Ariff, manakala MSN diwakili Timbalan KP MSN (Strategik) Suhardi Alias dan SAM diwakili Izahar Atan, Wan Norbazly Azmi, Zuriati Zulmi dan Azhari Mohd Yusop

Antara bekas atlet yang terlibat; Mohd Raduan Ameari (olahraga para), Aidil Haris (golf), Zolkifli Ahmad (bolasepak), Mohd Sharrulhaizy Abd Rahman (olahraga), Norsham Yoon (olahraga), Rosman Alwi (berbasikal Trek), Rozita Latip, Zakri Ibrahim (Silat), Halimah Hassan (boking padang para) dan Nurul Shakina Abdullah (renang para)

Manakala atlet negara yang bersama sama menjayakan program ini; Mohamad Ridzuan Mohd Puzi dan Mohamad Zikri Zakaria (para olahraga), Tan Cheong Min (wushu), R.Sharmendran (karate), Ahmad Safwan Ahmad Nazeri (berbasikal), Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Luqman Laji (silat), Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji (lawn bowl).

- Advertisement -