Skuad futsal lelaki sudah melupakan kepahitan gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF FUTSAL 2022 yang berlangsung di Thailand dan memfokuskan persiapan ke Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa pada temasya dwi tahunan yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei.

“Walaupun kami tidak dapat mara dengan lebih jauh dalam kejohanan ini kerana masa latihan singkat dan tanpa pendedahan antarabangsa, prestasi pemain semakin bertambah baik perlawanan demi perlawanan

“Persiapan mereka hanya dalam masa singkat. Justeru, adalah tidak adil jika kami tidak memberikan masa yang mencukupi untuk kejohanan besar,”kata Chiew Chun Yong

Chiew yang membimbing skuad negara untuk memperoleh pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berkata  Skuad Harimau Malaya dapat menyesuaikan diri dengan baik perlawanan antarabangsa pertama mereka menentang Kemboja, dengan kemenangan 7-6 Sabtu lepas.

Harapan skuad futsal lelaki negara mara ke separuh akhir di Kejohanan Futsal AFF 2022 punah selepas tewas 2-4 kepada tuan rumah Thailand semalam. Malaysia juga tewas kepada Indonesia 1-5 dan menewaskan Brunei 10-0 untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan A dan mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.

 

- Advertisement -