Jika dinilai pencapaian sepanjang tahun 2017, skuad futsal kebangsaan telah berjaya membuka mata ramai dengan rentetan pencapaian mengagumkan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seharusnya memberi lebih tumpuan untuk memacu prestasi mereka ke satu tahap lebih tinggi.
Selepas cemerlang di pentas Sukan SEA dengan memenangi semula pingat emas selepas 10 tahun, pasukan Chiew Chun Yong kemudiannya menyerlah di Kejohanan Futsal AFF bulan Oktober lalu dengan muncul naib juara setelah berjaya memberi tentangan sengit kepada Thailand.
Kejayaan itu juga menyaksikan Malaysia layak secara merit untuk beraksi di Kejuaraan Futsal AFC yang akan berlangsung di Taiwan tahun hadapan. Ā
Dalam tempoh setahun, ranking dunia FIFA pula melonjak 25 anak tangga dari kedudukan 74 ke kedudukan 51 pada November lalu, manakala ranking terkini yang dikeluarkan pada Jumaat lalu menyaksikan pasukan negara jatuh tiga tangga ke kedudukan 54.
Semuanya memperlihatkan petanda positif, dan tidak salah jika ramai yang mula meletakkan sasaran lebih tinggi bagi tahun 2018 untuk pasukan futsal kebangsaan. Tidak seperti skuad bolasepak yang tidak menang walau satu pun perlawanan bagi tahun 2017 malah kedudukan ranking dunia jatuh keĀ kedudukan terburuk, 174 dunia baru-baru ini.
Begitupun, dengan 2017 menghampiri penutupnya, mula wujud kebimbangan betapa segala usaha selama ini untuk mengangkat martabat futsalĀ akan menjadi sia-sia berikutan kurangnya perancangan untuk mengekalkan momentum yang tercipta ini.
Sehingga sekarang, tidak diketahui apa perancangan FAM terhadap pasukan futsal negara tatkala tinggal dua bulan sahaja lagi untuk berlangsungnya Kejuaraan AFC, sama ada memang tiada atau tidak didedahkan kepada umum?
Malah, ketiadaan medium pendedahan kompetitif seperti liga futsal yang hanya akan berlangsung sekitar April tahun depan juga menyaksikan para pemain tidak mempunyai platform untuk mengekalkan tahap kecergasan dan prestasi mereka di tahap terbaik.Ā
Sebelum ini dikhabarkan pasukan kebangsaan akan terbang ke Croatia untuk menyertai Kejohanan Jemputan di sana, namun sehingga kini masih belum ada kata putus mengenai perancangan itu sedangkan pencabar lain dari Asia Tenggara sudahpun memulakan persiapan mereka.
āKita hanya akan mula berlatih pada awal Januari dan sedang menanti lampu hijau FAM untuk membenarkan kami bertanding di Croatia. Sudah tentu saya berharap kelewatan tidak menjejaskan persiapan dan peluang melangkah jauh di kejohanan itu nanti. Ā
āPasukan seperti Thailand dan Vietnam sudah giat membuat persiapan dan ketika ini dalam siri Jelajah Eropah. Apapun saya percaya semua akan berjalan lancar dan kita akan dapat persiapkan sebuah skuad yang boleh memberi tentangan hebat,ā ujar Chun Yong.
Untuk rekod, sepanjang 11 penampilan di Kejohanan AFC, skuad negara tidak pernah melepasi halangan peringkat kumpulan justeru ekspetasi peminat adalah cukup tinggi mahu melihat badi itu dapat diatasi kali ini. – OLEH MUHAMMAD AIMAN