Pemain veteran Shalin Zulkifli, Esther Cheah dan Sin Li Jane menyerlahkan gandingan dan persefahaman yang mantap untuk membolehkan mereka meraih emas acara boling trio wanita di Sunway Mega Lanes ?pada Rabu (23 Ogos).
?Trio negara itu membuat 3,835 jatuhan pin iaitu 40 jatuhan pin lebih daripada yang diperolehi oleh trio Singapura yang dibarisi New Hui Fen, Shayna Ng Lin Zhi dan Cherie Tan Shi Hua.
Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Abdul Rahma ?melengkapkan kejayaan ?gangsa dengan 3,785 jatuhan pin.
“Kejayaan ini datang setelah menunggu 10 tahun apabila kita memenangi emas di Thailand dahulu. Pertandingan hari ini sengit dan kita telah bermain dengan sabar,” kata Shalin.
Pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand, Shalin, Esther dan Zatil Iman Abdul Ghani telah memenangi emas acara trio wanita.
Shalin berkata para pemain kini fokus untuk mempertahankan pingat emas acara lima berpasukan wanita hari Khamis (24 Ogos).
Sedang pemain boling wanita bergembira dengan pencapaian mereka, trio lelaki Adrian Ang, Ahmad Muaz dan Rafiq Ismail kecewa selepas gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lepas dan hanya menduduki tempat keempat dengan 3,824 jatuhan pin.
Pingat emas dan perak adalah milik Thailand. Surasak Manuwong, Atchariya Cheng dan Sithipol Kunaksorn (4,113 jatuhan pin) menang pingat emas manakala pingat perak kepada trio Kim Bolleby, Annop Arromsaranon dan Yannaphon Larpapharat (3,913 jatuhan pin).
Indonesia menerusi Billy Muhammad Islam, Hardy Rachmadian dan Ryan Leornard Lalisang memenangi pingat gangsa dengan 3, 880 jatuhan pin. Satu lagi trio Malaysia Alex Liew, Timmy Tan dan Syafiq Ridhwan menduduki tempat keenam.