Pemain tengah Melaka United FC, Gary Steven Robbat menyifatkan aksi pertama menentang Sri Pahang FC sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung cukup penting untuk membuktikan kehadirannya selaku pemain pinjaman adalah berbaloi.
Gary yang dipinjamkan dari Johor Darul Taâzim (JDT II) pada pertengahan musim ini tidak menolak minit permainan menjadi pendorong dirinya memilih untuk menyertai Melaka.
Justeru, seandainya diberi peluang untuk membarisi skuad utama, pemain berusia 29 tahun ini mahu memberi impak besar kepada pasukan dan untuk itu, aksi pertama pada 25 Julai ini sangat penting kepadanya sebagai penanda aras agar terus diberi kepercayaan bagi perlawanan akan datang.
âPertama sekali, saya kena pastikan saya dapat kepercayaan yang tinggi daripada jurulatih bahawa saya mampu untuk memberikan sesuatu kepada pasukan.
âMemang minit permainan yang saya cari, tetapi saya nak bina dahulu tahap keyakinan bersama pasukan di sini untuk saya beri komitmen yang tinggi.
âSasaran awal saya adalah untuk perlawanan pertama menentang Pahang nanti di mana daripada situlah akan dapat menentukan bahawa saya mampu membantu pasukan atau tidak.
âDekat perlawanan itu nantilah saya akan dapat tunjukkan sejauh mana komitmen saya kepada Melaka,âjelasnya.
Menyedari Melaka ketika ini berada dalam zon penyingkiran, Gary tidak menolak cabaran berbeza dialaminya di mana kerja keras amat diperlukan untuk mengembalikan pasukan ke kedudukan yang lebih baik selepas ini.
Jika dibandingkan ketika bersama JDT II, dia menyifatkan persaingan antara rakan sepasukan adalah sama di mana semua pemain tidak kira pasukan mana sekalipun sentiasa beri komitmen yang tinggi untuk bantu pasukan.
âBagi saya, persaingan itu sama sahaja sebab semua pemain tidak kira dalam JDT II atau Melaka sekalipun, semua memberikan komitmen yang tinggi dalam latihan.
âJadi, saya memang kena kerja lebih keras dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi dalam pasukan ini.
âSaya punya misi adalah untuk cuba membawa keluar Melaka daripada zon penyingkiran terlebih dahulu kerana itu yang paling penting ketika ini,â jelasnya.
Melaka kini berada di tangga ke 11 Liga Super selepas 13 perlawanan dan hanya berjaya mendapatkan tiga kemenangan sahaja setakat ini.