Selepas aksi hambar pada hari kedua semalam, pemain pro negara, Gavin Kyle Green kembali dilandasan baik untuk memperbaiki catatannya di pusingan ketiga.
Gavin mengekalkan statusnya sebagai pemain terbaik Malaysia apabila menutup hari ketiga dengan 69 pukulan 3 dibawah par.
Selepas tiga pusingan, Gavin yang berpengkalan di Amerika Syarikat mengumpul 213 pukulan 3 dibawah par keseluruhan untuk naik ke tangga ke 49 keseluruhan.
“Walaupun bermain baik, saya masih melakukan beberapa kesilapan tetapi secara keseluruhan, pukulan saya lebih baik dan melakukan beberapa birdie.
“Yang penting saya berjaya melakukan putting dalam jarak 10 kaki dan itu yang menjadi faktor pada hari ini. Saya berbincang dengan jurulatih mental untuk mencari beberapa perubahan,”kata Gavin.
Seorang lagi pemain pro negara, Danny Chia masih dalam kelompok 60 pemain selepas menamatkan hari ketiga dengan catatan par.
Selepas tiga pusingan, Danny mengumpul 217 pukulan 1 diatas par, manakala Nicholas Fung terus hambar sekadar mencatat 75 pukulan 3 diatas par untuk catatan keseluruhan, 220 pukulan 4 di atas par. OLEH KU MOHD LUFTIÂ