CIMB Classic logoOleh Ku Mohd Lufti

Pemain golf professional negara, Gavin Kyle Green berharap mampu mengawal perasaan gemuruh ketika beraksi di Kejohanan Golf CIMB Classic 2016 di TPC Kuala Lumpur yang akan memulakan saingannya esok.

Pemain berusia 22 tahun ini mengharapkan pengalaman mewakili Malaysia ketika Sukan Olimpik di Rio 2016 dan menyertai kejohanan jelajah PGA pertamanya,Terbuka Safeway di California minggu lalu mampu untuk memastikannya kekal tenang sepanjang hari.

“Saya berasa gemuruh ketika pertama kali beraksi dalam jelajah PGA minggu lalu. Ianya perasaan yang normal dan pengalaman itu pastinya akan membantu saya untuk mengharungi saingan sehingg hujung minggu ini.” Kata Gavin Kyle Green.

Penampilan sulung Gavin di Kejohanan ini jelas sekali dinanti nantikan penuntut Universiti New Mexico ini untuk memberikan aksi yang terbaik meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran.

Malah pengalaman daripada caddy yang pernah bersama Justin Rose, Mark Fulcher, banyak memberi nasihat kepada Gavin untuk membanggakan penonton tempatan sepanjang minggu ini.

“Dia tahu apa yang baik dan buruk tentang permainan saya ketika di Terbuka Safeway minggu lalu. Dia kata tiada masalah, saya tidak mampu mengawal perasaan gemuruh dan perlu mengatasinya serta fokus kepada permainan sendiri.”Katanya lagi.

Namun Gavin tampak turun dikejohanan ini dalam sedikit tekanan susulan jadual yang padat dan perlu memberi persiapan bagi peringkat kedua Jelajah Web.com Q School di Brooksville, Florida pada 8 hingga 11 November depan.

“Ianya pastinya mencabar kerana masih beraksi di kejohanan Web.com Q-School. Ada ramai pemain pemain yang hebat yang mereka juga mahu memenangi kejohanan itu.

“Oleh itu, saya perlu terus fokus dan berlatih untuk memastikan permainan saya berada di tahap yang terbaik.”Katanya lagi.

Selain Gavin Kyle Green, seorang lagi pemain negara, Danny Chia turut sama mengambil bahagian di kejohanan Golf CIMB Classic 2016 yang memasuki edisi ketujuh tahun ini.

- Advertisement -