Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memulakan langkah bagi mendapatkan kebenaran bagi menjalankan sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia.

Permohonan diserah kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diserah kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menjelaskan, sesi latihan adalah untuk persiapan bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas / Piala Uber yang akan berlangsung di Aarthus, Denmark pada Oktober.

Tambah Norza lagi, permohonan oleh mana mana persatuan sukan perlu diserah kepada KBS dan keputusan yang akan dikeluarkan adalah atas pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN.

Norza memberi bayangan untuk kem badminton negara memulakan sesi latihan seawal Jun dilihat bersesuaian kerana kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020 turut menjadi agenda utama BAM.

Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu memutuskan sebarang aktiviti di dalam dewan (indoor) adalah tidak dibenarkan selain sukan yang melibatkan sentuhan secara terus atau body contact seperti yang berlaku pada sukan bolasepak dan ragbi juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

 

 

- Advertisement -