hazwan.bakri

Oleh Muhammad Aiman

Selepas Nazmi Faiz Mansor, giliran penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri pula membuat keputusan ā€˜angkat kakiā€™ dari Selangor untuk menyertai juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT).

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards namun butiran lanjut mengenai rekrut terbaru itu tidak didedahkan meskipun Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilapor meletakkan tanda harga sekitar RM650,000 kepada mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Hazwan sebelum ini.

Minat JDT terhadap pemain berusia 26 itu bukan lagi satu rahsia kerana sebelum ini pemilik pasukan itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menyatakan akan menghantar surat rasmi kepada FAS untuk mendapatkannya.

Meskipun berlaku secara tiba-tiba apatah lagi Hazwan sendiri menolak spekulasi perpindahannya sebelum ini, keputusan menyertai JDT dilihat sebagai satu keputusan tepat oleh Hazwan untuk memacu perkembangan kariernya.

Apatah lagi dengan hanya berbaki lebih kurang sebulan untuk musim baru Liga Malaysia bermula, belum ada sebarang kata putus mengenai masa depannya di Selangor tatkala pasukan itu sedang berdepan kemelut penajaan dan status penyertaan juga masih dalam ketidakpastian. Ā 

Kejayaan paling manis dikecap Hazwan selama tiga musim bersama Selangor sejak 2014 adalah membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-33 pada 2015 menerusi dua jaringannya dalam perlawanan akhir menentang Kedah.

Untuk rekod, Hazwan adalah pemain tempatan kelima menyertai skuad Harimau Selatan 2017 selepas Nazmi, Haziq Nadzli (PDRM), Syahrul Azwari (Kelantan) dan Safawi Rasid (T-Team) selain Afiq Fazail yang diserap dari skuad JDT II.

- Advertisement -