Oleh Ku Mohd Lufti
Selepas Mohd Rizuan Mohd Puzi dan Muhd Ziyad Zolkefli melakar sejarah menghadiahkan emas untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016, giliran seorang lagi atlet negara mnyumbang emas.
Abdul Latif Romly memastikan namanya di pahat selaku penyumbang pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli acara lompat jauh T20.
Latif memperbaharui rekod dunia sebanyak tiga kali, bermula dengan lompatan kedua 7.47 meter selepas lompatan pertama dibatalkan.
Atlet berusia 19 tahun ini terus cemerlang apabila melakar 7.54 meter dilompatan ketiga sebelum menutup saingan dengan catatan 7.60 meter.
Catatan ini sekaligus memperbaharui rekod dunia yang dipegang oleh Abdul Latif sendiri iaitu 7.35 meter ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu.
Malah, Latif turut memperbaharui rekod kejohanan Paralimpik 7.25 meter yang dilakukan oleh atlet dari Sepanyol, Jose Antonio Exposito Pineiro pada 2012 di London.
Pingat perak acara itu diraih Zoran Talic dari Croatia dengan 7.12m dan gangsa menjadi milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine dengan 6.99m.