Gimnas negara Koi Sei Yan meraih emas kedua peribadi gimnastik berirama apabila memenangiacara individu keseluruhan pada saingan hari kedua gimnastik berirama di MITEC pada Ahad (27 Ogos). 

Koi mengumpul mengumpul 63.15 mata, mendahuki rakan sepasaukan Amy Kwan Dict Weng  yag meraih perak dengan 60.100 mata.

Gimnas Singapura Tong Kah Mun meraih gangsa dengan  52.900 mata.

Koi, 18, meraih emas keduanya itu selepas mengungguli emas pertama dalam acara berpasukan semalam (26 Ogos).

Sei Yan, yang memenangi emas individu keseluruhan di Singapura dua tahun lepas, mengumpul 15.600 mata dalam  hoops, 15.600 mata bagi bola , 15.250 mata bagi clubs dan  15.700 mata bagiribbon untuk mata keseluruhan 63.15.

Skuad Malaysia yang dibarisi  Amira Sofiyai Amirul Fares, Chan Mei Thung, Koh Jei Yi, Tee Wei Qi, Tee Wei Wen dan Thew Yue Jia turun bersaing pada sebelah petang untuk memenangi emas acara aparatus tunggal berkumpulan dengan mengutip 16.05 mata.

Juara bertahan Singapura sekadar perak dengan 14.4 mata manakala Filipina gangsa dengan 10.65 mata.

“Menang di tempat sendiri di hadapan keluarga dan rakan-rakan merupakan kenangan paling manis buat saya,” kata beliau. 

- Advertisement -