9th ASEAN Para Games KL2017 – Men’s Team GoalBall – Malaysia

Pasukan goalball lelaki Malaysia meneruskan kecemerlangannya dengan mengalahkan Laos 13-3 dalam masa 14 minit pada Sukan Para ASEAN untuk mara ke final menentang juara bertahan Thailand pada Sabtu (23 Sept).

Thailand ialah jaguh dalam sukan itu sejak tahun 2005 dan jurulatih Malaysia, Abdul Karim Raham meletakkan harapan pada anak buahnya agar dapat mengakhiri kemarau emas.

Malaysia layak ke separuh akhir dengan mengumpul 18 mata setelah memenangi kesemua enam perlawanan sepusingan manakala Thailand di tangga kedua selepas menewaskan Indonesia 15-5 untuk ke final.

9th ASEAN Para Games KL2017 – Goalball Womens – Malaysia vs Laos

Sementara itu, pasukan wanita Malaysia, yang membuat penampilan pertama pada temasya kali ini, tewas 0-8 kepada Laos di separuh akhir.

Laos akan bertemu juara bertahan Thailand dalam final pada Sabtu.

“Ini merupakan pengalaman pertama bertanding dalam Sukan Para dan kami telah banyak belajar dengan melihat pasukan lain bermain. Kami akan berusaha untuk memperbaiki permainan agar bersedia untuk Sukan Para selepas ini.” – NAGOOR MEERA ABDULLAH (Jurulatih Malaysia)

 

- Advertisement -