mas.wmns.hockey.9

Pasukan Pembangunan Hoki Senior Wanita Negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa di Hong Kong dengan menewaskan tuan rumah 2-0.

Gol dijaringkan oleh Nuraisyah melalui jaringan padang pada separuh pertama dan Mimie Zulaikha, juga menerusi jaringan padang di separuh masa  kedua.

Jurulatih, K.Gobinathan gembira dengan prestasi anak didiknya walaupun beraksi dalam cuaca hujan dan suhu rendah di Hong Kong.

” Kami menguasai perlawanan. Pemain pemain mula memahami peranan dan posisi mereka dengan lebih baik. Kami masih perlu bekerja keras untuk mempertajamkan penyudah. Secara statistik , ia jelas menunjukkan bahawa kita kekurangan kemahiran di posisi tersebut,” kata Gobinathan.

Malaysia akan berdepan Kazakhstan hari ini jam 5.30 petang waktu Malaysia.

- Advertisement -