The 17-year suffered a recurrence of her left ankle injury and wobbled off in tears in her women’s singles match against Gregoria Mariska.

 

 

 

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tetap berusaha meneruskan latihan badminton di Akademi Badminton Malaysia bagi mempersiapkan diri untuk menentang pihak lawan meskipun mengalami kecederaan otot beberapa hari lalu.

Mahu atau tidak, pemain berusia 17 tahun ini perlu menyesuaikan diri di dlam keadaan tekanan ditambah jurang masa yang singkat untuk melakukan persiapan.

“Selepas kembali daripada kecederaan, agak sukar untuk saya kembali menjalani latihan dengan baki 10 hari sebelum temasya bermula.

“Tiada masalah untuk saya mengekalkan kemahiran, tetapi memerlukan kerja keras untuk mengembalikan stamina dalam tempoh masa yang ada,”kata Jin Wei.

Malah, bekas juara remaja dunia itu tidak mahu meletakkan sebarang sasaran di penyertaan kedua  temasya dwi tahunan kerana tidak mahu memberi terlalu banyak tekanan ke atas dirinya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini meraih pingat gangsa di temasya Sukan SEA ke 28 dua tahun laludalam acara perseorangan wanita selain membantu Malaysia meraih pingat perak dalam acara berpasukan wanita.

“Untuk Sukan SEA kali ini, saya tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kerana keadaan masih belum bersedia sepenuhnya dan akan cuba untuk kembali cergas dalam tempoh masa yang ada,”katanya lagi.

Naib juara GP Emas Terbuka Taiwan ini mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi di Kejohanan Badminton Remaja Asia di peringkat separuh akhir kategori berpasukan bulan lalu ketika menentang  tuan rumah Indonesia.

Bukan sahaja faktor kecederaan, Jin Wei turut mengakui saingan daripada Thailand dan Indonesia bukan mudah untuk ditumbangkan kerana mereka pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengecewakan pemain pemain negara di laman sendiri.

Saingan bagi acara badminton dijadual bermula dari 22 hingga 29 Ogos di Axiata Arena, Bukit Jalil dimana tujuh pingat emas menjadi rebutan. Oleh FATIN FATIHAH ANAN

- Advertisement -