Pusingan kelayakan Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2016 menyaksikan enam pemain perseorangan negara bakal turun untuk memburu slot ke undian utama.
Goh Soon Huat dijangka berdepan tugas getir apabila diundi berdepan pemain muda dari Indonesia, Anthony Ginting.
Diatas kertas, Goh yang menduduki ranking ke 62 dunia manakala Anthony berada di ranking ke 33 dunia.
Tiga kejohanan telahpun disertai termasuklah terbuka New Zealand yang sedang berlangsung ketika ini tampak memberikan persiapan rapi buat pemain kelahiran Melaka ini sebelum turun ke Terbuka Malaysia April depan.
Pemain berusia 25 tahun ini sekadar beraksi sehingga kepusingan ketiga sebelum tumpas kepada pilihan ketiga kejohanan dari Korea Selatan, Lee Dong Keun 21-16, 21-15.
Situasi yang sama turut berlaku ke atas Anthony Ginting yang turut tumpas di pusingan ketiga selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari Jepun, Riichi Takeshita.
Pencapaian terbaik Anthony adalah pada Jun tahun lalu dimana beliau menewaskan pemain berpengalaman, Sony Dwi Kuncoro di pusingan kelayakan, Terbuka Indonesia .
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia akanberlangsung dari 5 hingga 10 April di Stadium Melawati, Shah Alam.