• Manchester United bercadang untuk melanjutkan tempoh pinjaman sehingga penghujung musim melibatkan pemain Shanghai Shenhua kelahiran Nigeria, Odion Ighalo yang akan tamat pada Mei ini.

 

 

  • The Red Devils juga bersedia untuk menawarkan gaji £300 000 seminggu untuk memastikan bintang muda kelab itu, Angel Gomes kekal di Old Trafford yang berhasrat untuk meninggalkan kelab itu andai gagal mencapai persetujuan.

 

  • Impian Arsenal untuk mendapatkan pertahanan kiri Paris St Germain, Layvin Kurzawa ‘musnah’ apabila pemain berusia 27 tahun itu dikatakan berminat untuk ke Barcelona.

 

 

 

  • Pemain tengah Chelsea Tiemoue Bakayoko yang beraksi untuk AS Monaco secara pinjaman berhasrat untuk kembali ke AC Milan selepas beraksi bersama kelab itu ketika musim 2018-2019.

 

  • Manchester City bersedia untuk membelanjakan 32 juta Euro bagi mendapatkan pertahanan Marseille berusia 20 tahun Boubacar Kamara. Rakan sepasukan, Samir Nasri pula menasihatkannya untuk terus kekal di Marseille.

 

 

  • Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson dijangka menyambung tugasnya sebaik Liga Perdana Inggeris bermula namun beliau juga berkemungkinan perlu diasingkan selepas dijangkiti Covid 19.

 

 

  • Penjaga gol ‘kontroversi’ Liverpool, Loris Karius terpaksa kembali semula ke Anfield selepas urusan perpindahan secara pinjaman ke Besiktas dibatalkan. Penjaga gol berusia 26 tahun ini mempunyai kontrak selama dua tahun dengan The Reds

 

 

  • Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan beliau menolak peluang untuk mengendalikan skuad kebangsaan Mexico pada 2015 dan memutuskan untuk memilih Liverpool.
- Advertisement -