- Leroy Sane tidak berminat untuk berhijrah ke Liverpool sebaliknya pemain berusia 24 tahun ini lebih teruja untuk kembali ke Jerman dan menjadikan Bayern Munich sebagai pilihan
- Penyerang muda Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland menolak tawaran Juventus pada Januari lalu kerana tidak berminat dengan perancangan mereka untuk meletakkannya di bawah skuad bawah 23 tahun.
- Beberapa kelab di Eropah berminat untuk menyambar pertahanan Spurs, Jan Vertonghen yang akan tamat kontraknya. Real Betis, Valencia, Inter Milan dan AS Roma dikhabarkan bersedia untuk membida.
- Juventus mungkin terpaksa melepaskan beberapa pemain termasuk Miralem Pjanic dan Gonzalo Higuain sebagai langkah menyusun semula kedudukan dan memperbaiki struktur kewangan pasukan susulan pandemik Covid 19
- Pemain Napoli, Dries Merten mungkin akan membuat pusingan ‘u’ selepas pemain berusia 33 tahun itu dikhabarkan bersedia untuk memperbaharui kontraknya bersama Napoli. Juventus dan Chelsea antara yang berminat dengan penyerang antarabangsa Belgium itu.
- Manchester United bersedia untuk melakukan bidaan untuk mendapatkan pertahanan antarabangsa Senegal, Kalidou Koulibaly selepas ‘memantau’ Liverpool yang turut berminat untuk mendapatkan bintang Napoli itu.
- Manchester City berharap pemain veteran, David Silva bersetuju dengan kontrak jangka pendek untuknya kekal bersama The Citizen sehingga tamat musim. Kontrak Silva akan tamat pada 30 Jun.
- Pengurus Chelsea, Frank Lampard berharap pemain pemain seperti Willian, Olivier Giroud akan terus kekal bersama The Blues sehingga musim EPL tamat. Kontrak pemain pemain ini akan tamat pada 30 Jun.
- Lagenda AS Roma, Francesco Totti hampir menyertai Real Madrid namun ditolak disaat saat akhir kerana permintaannya untuk menyamai apa yang diterima Raul ditolak.