Ejen pemain tengah Perancis, Paul Pogba, Mino Raiola telah mengadakan rundingan untuk dengan Juventus untuk membawa pemain Manchester United itu ke Turin. Real Madrid dan Paris St Germain bagaimanaoun masih belum berputus asa untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.
- Barcelona terpaksa menjual enam pemain kelab itu untuk memulihkan kembali struktur kewangan yang semakin merosot susulan pandemik Covid 19. Tiga pemain, Marc Andre Ter Stegen, Lionel Messi dan Frenkie de Jong sah akan kekal di Nou Camp.
- The Catalan juga tidak akan melepaskan Samuel Umtiti yang dikaitkan dengan sebahagian daripada pertukaran pemain untuk mendapatkan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez atau Miralem Pjanic.
- Ejen penyerang Manchester City, Sergio Aguero menafikan khabar angin bahawa pemain itu akan meninggalkan Stadium Ettihad dan kembali semula ke Argentina.
- Pemain Chelsea, Willian mendedahkan The Blues enggan menawarkannya kontrak selama tiga tahun untuk terus kekal di Stamford Bridge
- Peluang Manchester United untuk mendapatkan pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly semakin cerah selepas tiga seteru, PSG, Barcelona dan Real Madrid dikhabarkan mengfangkat bendera putih untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu.
- The Red Devils juga berminat untuk mendapatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot meskipun Arsenal dan Everton turut dikhabarkan berusaha untuk memancing pemain berusia 25 tahun itu.
- Jan Vertonghen berkemungkinan akan meninggalkan White Hart Lane selepas Tottenham Hotspurs tidak bersetuju untuk membayar gajinya £70 000 seminggu dan kontrak selama dua tahun.
- PSG dalam perancangan untuk mengekalkan penyerang Argentina, Mauro Icardi dan bersedia untuk melepaskan Edinson Cavani sebagai pertukaran.
- Real Madrid dijangka akan melakukan bidaan untuk mendapatkan pertahanan Celtic, Kristoffer Ajer susulan aksi cemerlangnya dalam saingan liga domestik di Scotland.