- Liverpool memulakan langkah untuk ‘merisik’ pemain sayap Wolves, Adama Traore selepas menyatakan minat dan membawa pemain berusia 24 itu ke Anfield.
Real Madrid menawarkan £71 juta untuk mendapatkan bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz malah membenarkan pemain berusia 20 tahun itu untuk kekal di Jerman musim depan sebelum berhijrah sepenuhnya ke Santiago Bernabeu.
- Chelsea akan melepaskan beberapa pemain kelab itu sebelum kehadiran pemain sayap, Hakim Ziyech dari Ajax dan Timo Werner (RB Leipzig) ke Stamford Bridge.
Barcelona memulakan rundingan kontrak baru kepada dua dua pemain; Lionel Messi dan penjaga gol, Marc Andre ter Stegen
- Manchester United dan Chelsea bersedia untuk menyambar pemain sayap berusia 22 tahun, Federico Chiesa selepas Fiorentina dikhabarkan memberikan lampu hijau untuk meninggalkan kelab itu.
Everton hampir pasti mendapatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot dan bakal bertemu semua dengan jurulatih yang memberinya peluang beraksi ketika di Paris St Germain pada 2012, Carlo Ancelotti.
- Tujuh kelab termasuk Chelsea dalam persaingan sengit untuk mendapatkan pertahanan kiri, Ben Chilwell. Leicester bagaimana pun tidak merasakan sebarang tekanan ketika pemain 23 tahun itu menjadi buruan kelab kelab besar.
- West Ham United menyatakan hasrat untuk menandatangani penyerang kelahiran Belgium, Michy Batshuayi.
Arsenal dan Wolves berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Daniele Rugani, yang dilaporkan bergelur untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Juventus yang dipimpin Maurizio Sarri.
- Napoli tidak akan menurunkan harga £100 juta terhadap pemain pertahanan mereka Kalidou Koulibaly yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United
- Dua kelab Eropah, Real Madrid dan Manchester United ,mengintai peluang untuk mendapatkan bintang muda Inter Milan, Lautaro Martinez selepas Barcelona menangguhkan perbincangan untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.
- Pemain tengah Juventus Miralem Pjanic, tidak berminat dengan tawaran daripada Chelsea dan Paris St Germain kerana beliau lebih berminat untuk menyarung jersi Barcelona.
Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic berharap untuk kekal di Nou Camp sehingga kontraknya tamat pada 2021 meskipun spekulasi mengatakan beliau bakal meninggalkan kelab itu lebih awal.