- Chelsea, Manchester United dan Juventus bersaing untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Itali, Federico Chiesa yang kini beraksi untuk Fiorentina. Nilai perpindahan pemain berusia 22 tahun itu dianggarkan sekitar £60 juta.
Manchester United memberi bayangan akan mencari pengganti Victor Lindelof di posisi pertahanan selepas meragui kemampuan pemain itu. Pemain Real Valladolid, Mohammed Salisu antara pilihan yang ada.
- Selain Chelsea, Manchester United turut meluahkan hasrat untuk bertarung bagi membawa Sergej Milinkovic-Savic ke Old Trafford bagi mengukuhkan posisi tengah.
Pemain tengah Juventus berusia 30 tahun, Miralem Pjanic bersetuju untuk berhijrah ke Barceloba musim depan
- Barcelona berusaha keras untuk mendapatkan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez dan bersedia untuk meletakkan mana mana enam pemain termasuk pertahanan Samuel Umtiti sebagai pertukaran.
Pemain Inter Milan, Christian Eriksen menghadapi kesukaran untuk mencari kediaman sejak Januari selepas berhijrah dari Sprus, malah pemain berusia 28 tahun itu tinggal di komplek latihan sepanjang tempoh perintah kawalan.
- Kelab Ligue 1 Lyon bersedia untuk berbelanja besar bagi membawa masuk empat pemain pertahanan yang telahpun dikenalpasti.