- Newcastle dilaporkan bersedia untuk membelanjakan £53 juta untuk membawa masuk penyerang antarabangsa Wales, Gareth Bale dari Real Madrid dan beraksi di St James Park.
- Tottenham Hotspurs mendedahkan pemain muda Tanguy NDombele tidak akan ke mana mana kelab meskipun pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan Barcelona dan Liverpool dengan nilai £55 juta
- Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren hampir pasti menyertai AS Roma selepas pemain berusia 30 tahun itu gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Jurgen Klopp.
Hasrat Manchester United untuk mengekalkan Odion Oghalo tidak kesampaian apabila Shanghai Shenhua tidak merestui permintaan The Red Devils untuk menambah tempoh pinjaman pemain itu.
- Jose Mourinho berhasrat untuk mendapatkan dua pemain pertahanan; Alex Sandro dari Juventus dan pemain Atlanta, Timothy Castagne sekaligus menyarung jersi Spurs.
Gaji bintang Barcelona, Lionel Messi dan beberapa pemain kelab itu akan berdepan pemotongan sehingga 30%. Real Madrid juga akan menggunakan kaedah yang sama susulan pandemik Covid 19.
- Chelsea yakin pemain muda Manchester United, Angel Gomes akan berhijrah ke Stamford Bridge