- Impian beberapa kelab besar Eropah untuk mendapatkan Kylian Mbappe mungkin tidak kesampaian apabila dilaporkan akan kekal bersama Paris St Germain dan beraksi di Ligue 1 untuk semusim lagi
Juventus semakin hampir untuk mendapatkan semula pemain tengah, Paul Pogba dan akan meletakkan Adrien Rabiot sebagai pertukaran untuk mengurangkan kos perpindahan.
- Selagi belum rasmi, Zinedine Zidane tidak akan berputus asa untuk ‘merampas’ Pogba dan membawa pemain tengah itu ke Santiago Bernabeu.
Newcastle United berkemungkinan akan cuba mendapatkan pemain sayap Ivory Coast, Wilfred Zaha untuk memperkuatkan barisan pemain The Magpies.
- Chelsea akan menerima durian runtuh £48.5 juta daripada Atletico Madrid susulan perpindahan Alvaro Morata.
Arsenal dalam perancangan untuk mendapatkan penjaga gol kelahiran Brazil, Neto yang kini bersama Barcelona.
- Inter Milan hampir pasti mendapatkan perancang tengah Belgium, Dries Mertens sekaligus mengecewakan Chelsea yang terlebih dahulu berminat untuk membawanya ke Stamford Bridges.
Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi berpendapat, penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Pierre Emerick Aubameyang mungkin sesuai untuk beraksi bersama Barcelona.
- Bekas pembantu jurulatih Mesir, Hany Ramzy mendedahkan, Mohamed Salah pernah menolak tawaran untuk beraksi bersama Real Madrid dan memutuskan untuk kekal di Liverpool ketika musim 2018.
Real Madrid sedang mencari penyerang dan meletakkan dua sasaran utama, Erling Haaland dan Kylian Mbappe untuk dibawa ke Santiago Bernabeu
- Kontrak penyerang veteran Uruguay, Edinson Cavani mungkin tidak akan disambung oleh Paris St Germain sekaligus membuka peluang kepada Newcastle United untuk mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu.