• Gergasi La Liga, Real Madrid hampir pasti untuk melepaskan Gareth Bale. Zinedine Zidane tidak meletakkan pemain antarabangsa Wales ini dalam senarai pemain yang diperlukan. Peruntukkan yang diperolehi akan dimanfaatkan untuk membawa masuk pemain yang mampu memperkuatkan corak permainannya.

 

 

  • Laporan media Sepanyol mendedahkan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs dikatakan ‘berminat’ untuk membawa masuk pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic yang berkemungkinan ‘disingkirkan’ dari Nou Camp. Spurs bagaimanapun terpaksa bersaing dengan Atletico Madrid dan Inter Milan yang turut berminat dengan Rakitic.

 

  • Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba menjadi sasaran Inter Milan. Tetapi bakal dicabar seterunya di Serie A, Juventus yang turut berminat untuk mendapatkan semula pemain itu.

 

 

  • Arsenal bersedia untuk melepaskan untuk meraih dana tambahan. Pemain kelahiran Armenia itu kini dipinjamkan ke AS Roma.

 

 

 

  • Bekas pemain pertahanan Manchester United dan Belanda, Jaap Stam sedang mengadakan rundingan sebagai jurulatih kelab MLS FC Cincinnati.

 

 

 

  • Lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp bakal menjalin kerjasama dengan rakan senegara, Phillip Cocu, Dirk Kuyt, Ronald Koeman dan Henrik Larsson untuk membeli kelab bolasepak di England. Dengan isu Covid 19 ketika ini, beliau mengharapkan impian itu menjadi kenyataan.

 

 

  • Barcelona berkemungkinan akan melepaskan sembilan pemain samada secara perpindahan penuh atau pinjaman untuk memulihkan semula struktur kewangan pasukan susulan Covid 19. Antoine Griezmann, Luis Suarez dan Ousmane Dembele antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris. Manakala Lionel Messi masih dikekalkan dan dianggap sebagai aset utama The Catalan.
- Advertisement -