penang.12

Oleh Ku Mohd Lufti 

Pemain pertahanan Pulau Pinang (PBPP) dari England, Brent Griffiths telah memohon untuk dilepaskan bagi beliau meneruskan kariernya dalam Liga Australia pada masa akan datang.

Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata pihak persatuan dan pemain telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya dan membenarkan beliau pulang ke Australia, Isnin ini.

Malah, Datuk Seri Nazir Ariff mengucapkan terima kasih kepada Griffith diatas sumbangannya sepanjang bersama skuad harimau kumbang.

Pemain berusia 26 tahun itu mengikat kontrak bersama skuad Pulau Pinang awal tahun lepas, namun susulan prestasinya yang tidak menentu telah menjadikan namanya antara yang disebut-sebut untuk digugurkan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (PBPP).

Bekas pemain dari akademi Blackburn Rovers ini memulakan kariernya dalam  liga domestic di Australia sejak 2009 dan pernah menyertai Perth Glory dan Central Coast Mariner sebelum berhijrah ke Malaysia.

Pengurusan PBPP dikatakan sedang dalam proses perbincangan untuk memuktamadkan proses pengambilan dua pemain import baharu, Ranti Martis dari Nigeria dan seorang pemain kelahiran Korea.

Martins, yang sedang menjalani proses ujian bersama PBPP, merupakan penjaring gol terbanyak Liga India dan kontraknya bersama East Bengal tamat Mei lalu.

- Advertisement -