Penyerang skuad B 22 tahun negara, HAdi Fayyadh Abd Razak sah kekal bersama kelab Divisyen 2 Liga Bolasepak Profesional Jepun (J League), Fagiano Okayama untuk tempoh semusim lagi.

Peningkatan prestasinya bersama kelab itu menjadi faktor pengurusan pasukan Okayama berhasrat untuk mengekalkannya bagi tempoh setahun lagi.

Malah, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Hiroshi Yamada optimis, Hadi Fayyadh mampu untuk mempamerkan aksi yang lebih cemerlang di musim depan.

“Ramai yang baru sedar akan kemampuannya dan ketika proses pembangunan bagi posisi penyerang, selepas setahun menjalani latihan di Fagiano, Dia memiliki kekuatan dan pengalaman khususnya di divisyen pembangunan. Saya dan penyokong juga berharap dia akan bermain di musim depan,” kata Hiroshi Hamada.

Hadi Fayyadh dikhabarkan mendapat tawaran daripada beberapa pasukan di Liga Malaysia selepas gagal mendapat tempat di dalam kesebelasan utama Fagiano Okiyama.

Beliau yang meledak tiga gol bersama skuad B22 negara ketika di Sukan SEA 2019 optimis untuk bekerja keras bagi merebut peluang kesebelasan utama.

“Tahun pertama adalah proses pembelajaran untuk saya dan ada kala merudum kerana mengalami kecederaan dan berehat selama dua bulan. Bukan perkara mudah untuk bangkit tetapi untuk musim depan, saya akan cuba mempertingkatkan lagi usaha untuk merebut kesebelasan utama”, kata Hadi Fayyadh.

Beliau dalam pada itu turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Yakult dan Fagiano Okayama yang memberi kepercayaan kepadanya dengan menyambung kontrak tersebut serta diberikan peluang menggilap bakatnya di Kelab tersebut.

 

- Advertisement -