Penyerang muda berusia 17 tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak menyimpan hasrat besar mahu berada di dalam senarai akhir 23 pemain skuad B-22 negara yang akan beraksi di pusingan akhir Kejuaraan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China bulan depan.
Tonggak skuad B-19 negara itu bersama-sama empat lagi pemain iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat, Akhyar Rashid, Shivan Pillay Asokan dan K.Thivandaran, pertama kali menyertai latihan pusat skuad B-22 kendalian Datoā Ong Kim Swee bermula 27 November lalu.
Namun, di sebalik perlu bersaing dengan pemain-pemain āregularā skuad Kim Swee yang terdiri daripada anggota pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta pelatih yang keluar masuk sejak zaman Frank Bernhardt, Hadi Fayyadh tekad mahu membuktikan dia juga layak untuk berada di dalam pasukan.
āSaya berterima kasih kepada jurulatih kerana mempercayai kebolehan saya dan menyenaraikan saya untuk latihan pusat. Bukan mudah untuk mendapat peluang ini jadi saya mahu manfaatkan ia sebaiknya dan membuktikan usia yang lebih muda bukan penghalang untuk berada dalam skuad senior.
āSaya tidak mahu pulang dengan sekadar menjadi āsparring partner’, saya mahu bantu cabaran pasukan di China nanti. Saya pernah beraksi bersama skuad B-19 negara di Korea Selatan jadi saya akan gunakan pengalaman itu untuk buat yang terbaik dan meyakinkan jurulatih.
āBersaing dengan pemain lebih senior pasti satu cabaran besar tetapi sudah tentu jika kita beraksi dengan baik, jurulatih tiada sebab untuk sisihkan kita,ā ujar pemain yang mewakili pasukan Johor Darul Takzim II itu.
Selepas menggugurkan Shafiq Ahmad, Kim Swee masih mempunyai banyak pilihan di barisan serangan. Selain Hadi Fayyadh, penyerang lain yang disenaraikannya adalah N.Thanabalan, Jafri Firdaus Chew, Safawi Rashid, Sean Eugene Selvaraj dan penyerang Kedah berusia 18 tahun, Akhyar.
Ketika menang 8-2 ke atas PJ Rangers pada Sabtu lalu, Hadi Fayyadh menjaringkan dua gol,Ā R.Kogileswaran menjaringkan hatrik, manakala Jafri, Safawi dan Sean masing-masing menjaringkan satu gol.
Kim Swee akan membuat penilaian terakhir ke atas barisan 28 pemainnya dalam aksi persahabatan menentang Melaka United pada Khamis sebelum memuktamadkan senarai akhir 26 pemain yang akan terbang ke Korea Selatan untuk latihan pusat selama dua minggu di sana.Ā
Senarai itu akan kemudiannya dipendekkan menjadi 23 apabila skuad negara terbang pula ke China untuk latihan pusat selama seminggu dan sepak mula pusingan akhir pada 10 Januari. – OLEH MUHAMMAD AIMAN