Jaguh angkat berat Malaysia, Muhd Hafifi Mansor membuktikan keputusan menggugurkannya daripada Sukan SEA oleh pihak tertentu dengan kalungan pingat emas dari bumi Australia.
Hafifi menaiki podium selaku juara dalam acara angkat berat kategori 69 kilogram dengan angkatan keseluruhan, 307 kilogram di Kejuaraan Angkat Berat Komanwel 2017 di Pusat Sukan dan Rekreasi Gold Coast.
meskipun berdepan tentangan daripada sembilan peserta lain, Hafifi tampak tidak merasakan sebarang tekanan dan membuktikan kemampuannya apabila berjaya melakukan angkatan pertama, 137 kilogram dalam displin snatch.
Atlet kelahiran Terengganu itu terus unggul apabila berjaya melakukan angkatan 137 kilogram di percubaan kedua.
dalam displin Clean and Jerk, angkatan berjumlah 176 kilogram pada percubaan kedua sudah memadai buat Hafifi untuk berada di kedudukan teratas berbanding peserta lain.
Pingat perak dimenangi Vaipa Nevo Ioane dari Kepulauan Samoa yang mengumpul jumlah angkatan 296 kilogram manakala atlet kelahiran India, Deepak Lather melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa dengan angkatan keseluruhan 295 kilogram.