rp_Hafizh-Syahrin-Abdullah.jpg
National Moto2 rider, Hafizh Syahrin Abdullah will start the race in Phillip Island from grid 17 after a smooth qualifying run in the Australian GP today.
The PETRONAS Raceline Malaysia rider topped his best time in 1’33.349s, just a second behind fastest rider, Esteve Rabat of Marc VDS Racing Team (1’32.470s).
Johann Zarco of AirAsia Caterham clocked in the second fastest in 1’32.485s while Rabat’s teammate, Mika Kallio came in third in 1’32.698s.
“In the last 10 minutes things were a little bit rough especially when I was held down in a large group. Nevertheless, I’m glad of the outcome though I hope I could push the bike moron the straights,” said Hafizh.
Hafizh added, “We’ll try to get back to the drawing board and see what improvements could be done. I need a good start to push forward and compete in the front row.”
HAFIZH BERMULA PETAK KE-17, HANYA 0.879s DI BELAKANG RABAT
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal memulakan perlumbaan akhir dari barisan keenam setelah menamatkan sesi kelayakan di kedudukan ke-17 pada saingan hari kedua Grand Prix Australia di Litar Phillip Island, Australia, hari ini.
Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu mencatat masa terbaik 1’33.349s, dan hanya ketinggalan 0.879s di belakang Esteve Rabat (Marc VDC Racing Team) yang terus menguasai saingan dengan mencatatkan masa terpantas 1’32.470s.
Johann Zarco (AirAsia Caterham) mencatat masa kedua terpantas dengan masa 1’32.485s manakala rakan sepasukan Rabat, Mika Kallio ketiga, 1’32.698s.
“Pada 10 minit terakhir, keadaan agak sukar untuk saya mendapatkan masa yang lebih baik kerana pelumba tersekat dalam kelompok yang ramai. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan keadaan jentera cuma dari segi kelajuan mungkin ia masih belum mencukupi,” jelas Hafizh.
“Kami akan berbincang dan melihat apa yang boleh dilakukan oleh jurutera pasukan. Saya perlu bermula dan mendapatkan kedudukan baik dari awal perlumbaan untuk berada di kelompok utama,” jelas Hafizh.
- Advertisement -