Juara dunia Formula One, Lewis Hamilton menandatangani kontrak bersama Mercedes untuk mengharungi musim 2021.

Pelumba berusia 36 tahun ini berteka teki tentang masa depannya bersama pasukan Mercedes selepas tamat musim 2020 namun mengakhiri spekulasi tersebut apabila sah akan kekal bersama Mercedes untuk tahun ke sembilan.

Pencapaiannya tidak dapat disangkal lagi terutama apabila mengatasi rekod kemenangan perlumbaan serta menyamai rekod memegang gelaran juara dunia tujuh kali yang dipegang lagenda pelumba Ferrari, Michael Schumacher.

Enam gelaran juara dunia dijulang ketika beliau bersama pasukan Mercedes manakala satu lagi gelaran juara dunia adalah ketika Hamilton bersama pasukan McLaren pada 2008 

Kontrak diantara Hamilton dan Mercedes turut melibatkan penubuhan yayasan dimana kedua dua mencapai kata putus yang positif.

Mengulas tentang tempoh kontrak Hamilton, Toto Wolff yang menjadi tunjang utama pasukan Mercedes menjelaskan ia susulan tempoh perbincangan yang sangat singkat kerana Hamilton disahkan positif Covid 19 pada Disember tahun lalu selain faktor perkembangan semasa keadaan.

Wolff juga menambah, tiada sebarang perancangan dibuat ketika ini untuk Hamilton terutama adakah pelumba berusia 36 tahun ini akan terus memandu untuk Mercedes bagi tahun 2022.

Kontrak Hamilton sebelum ini dilaporkan bernilai 30 juta Euro setahun dengan tambahan bonus sebanyak 10 juta Euro 

Susulan pandemik Covid 19, berlaku perubahan peraturan teknikal dalam perlumbaan F1 bagi musim 2022 selain peruntukkan pasukan yang berjumlah USD 145 juta.

Situasi semasa global nyata menjejaskan hasil perolehan pasukan kerana paling jelas, keadaan sekarang tidak lagi sama seperti tahun tahun sebelum ini dan sebahagian daripada peruntukkan dilabur ke dalam sektor elektrik

 

- Advertisement -