Soong Joo Ven dan Chong Wei Feng menjadi wakil negara mara ke pusingan kedua dalam aksi perseorangan lelaki di kejohanan badminton Korea Masters yang berlangsung di Gimnasium Yeomju.

Tiada masalah buat Soong untuk menundukkan Milan Ludik dari Republik Czech, 21-13, 21-18 dalam masa 35 minit.

Chong Wei Feng bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain tuan rumah Kim Yong Hyun, 15-21, 21-14, 21-13.

Di pusingan kedua, Soong akan bertemu wakil tuan rumah, Ko Gyung Bo manakala Wei Feng dijadual menentang Zhou Zeqi dari China.

Nasib malang menimpa Iskandar Zulkarnain Zainuddin apabila tewas ditangan Lin Chia Hsuan dari Taiwa, 17-21, 21-10 dan 18-21 manakala Adam Lau Yu Ming tewas kepada pemain Indonesia, Firman Abdul Kholik 16-21, 17-21.

Turut mengalami nasib sama adalah pemain profesional, Liew Darren yang tumpas 9-21, 18-21 kepada pemain tuan rumah Lee Dong Keun, manakala Tan Jia Wei tewas kepada seorang lagi wakil Korea Selatan, Jong Soo Hwang 16-21, 17-21.

Seorang lagi wakil negara, Alfred Lau Yu Leong pula kalah kepada pemain China, Ren Pengbo 12-21, 14-21.

 

- Advertisement -