Skuad Harimau Malaya dijadual memulakan kem latihan pusat pada pertengahan Januari 2021 sebagai persiapan utuk mengharungi baki tiga perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal bersambung pada Mac 2021

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dimana Tan Cheng Hoe dijangka akan memanggil 30 pemain untuk menjalani kem latihan pusat bermula 15 hingga 26 Januari.

Skuad kebangsaan juga akan berdepan Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa di Manama pada awal MAc sebelum terbang ke Abi Dhabi untuk menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 25 Mac.

Jelas Stuart, Tan Cheng Hoe akan berkemungkinan akan menyenarai muka muka baharu selain mencari keserasian dalam pasukan sebelum menentang UAE.

Aksi diantara Malaysia dan UAE sepatutnya dijadual pada 8 Oktober lalu disusuli aksi menentang Vietnam dilaman sendiri pada 13 November dan pertemuan dengan Thailand di Bangkok pada 17 November.

Namun badan induk bolasepak dunia FIFA dan  Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), menangguhkan baki aksi kempen tersebut kepada Mac 2021 susulan penularan pandemik COVID-19.

Selepas aksi berdepan UAE, skuad Harimau Malaya akan kembali ke tanah air untuk menanti8 kunjungan pendahulu kumpulan G, Vietnam di Bukit Jalil pada 30 Mac sebelum melengkapkan aksi pusingan kedua kelayakan berdepan Thailand pada 15 Jun 2021 di Bangkok.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan G menerusi kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan hasil tiga kemenangan dan dua kekalahan.

 

- Advertisement -