Oleh Ku Mohd Lufti
Aksi perlawanan persahabatan kedua Malaysia kendalian Datuk ong Kim Swee sekali lagi berakhir dengan keputusan seri satu sama ke atas Afghanistan.
Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini menegaskan memerlukan kemenangan untuk menyuntik semangat dan pada masa yang sama, memperbaiki ranking Malaysia.
Pertemuan diantara Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee dengan Afghanistan ternyata dikuasai sebelah pihak di separuh masa pertama.
Afghanistan kendalian Petar Segrt menguasai 30 minit perlawanan di babak pertama perlawanan dan lebih banyak bermain di kubu Malaysia yang gagal mengatasi kemahiran individu pelawat.
Meskipun mempunyai peluang untuk menguji kubu Afghanistan yang dikawal Ovays Azizi, kawalan bola yang lemah selain kombinasi hambar diantara pemain Malaysia tampak tidak memberi tekanan ke atas kubu pelawat.
Asakan bertali arus akhirnya membuahkan hasil di minit ke 21 apabila set piece bermula daripada hantaran kapten pelawat, Faysal Shayesteh ditanduk Zubayr Amiri.
Set piece daripada Ahmad Arash disudahkan dengan sepakan lencong dari luar kotak penalti oleh Noarollah Amiri menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dan Nazirul Naim Che Hashim sekaligus meletakkan Afghanistan mendahului 1-0.
Hanya selepas 30 minit perlawanan, Malaysia mampu melakar percubaan pertama, namun sepakan percuma kapten pasukan, Badrol Bakhtiar ditanduk liar melewati palang gol oleh Sharul Mohd Saad.
Badrol Bakhtiar sekali lagi menjadi arkitek untuk menguji kubu lawan, tandukan Mohd Fadhli Mohd Shas sekali lagi melewati palang.
Gol yang dicari Malaysia akhirnya menjelma pada masa tambahan separuh masa pertama menerusi tandukan pemain gantian Muhd Hadiz Azman hasil hantaran silang Matthew Davies.
Meskipun Afghanistan yang menduduki ranking ke 149 dunia memperlahankan rentak permainan, namun mereka tetap menguasai padang tatkala memanfaatkan kesilapan pemain Malaysia.
Kim Swee yang melakukan pertukaran pemain dibabak kedua nyata berbaloi apabila gandingan Mohd Zaquan Adha Abd Razak, Ahmad Hazwan bakri dan Badrol Bakhtiar menghidupkan jentera serangan.
Peluang terbaik Malaysia untuk meraih kemenangan dipenghujung perlawanan menerusi Badrol Bakhtiar, namun percubaan didepan gawang dinafikan Ovays Azizi.
Ini adalah keputusan seri kedua Harimau Malaysia selepas terikat tanpa jaringan dengan Singapura.