myanmar.malaysia

Oleh ku Mohd Lufti

Persiapan skuad Harimau Malaysia sebelum mengharungi Playoff Piala Asia 2019 tampak meresahkan selepas sekadar seri tanpa jaringan menentang barisan muda Myanmar pada perlawanan persahabatan di Stadium Thuwunna, Yangon. 

Anak didik Datuk Ong Kim Swee tampak sukar untuk mengawal permainan disetiap posisi sekaligus gagal menguji kubu pertahanan tuan rumah.

Malah, barisan serangan tampak gagal merencanakan gerakan terbaik di kubu lawan untuk mencetak gol.

Myanmar hampir membuatkan Datuk Ong Kim Swee berputih mata apabila berjaya merobek gawang pimpinan Izham Tarmizi menerusi pemain gentian Than Paing pada minit ke-56 namun ia tidak disahkan pengadil, Sivakorn Pu-Udom dari Thailand kerana pemain berkenaan berada pada kedudukan ofsaid.

Malah, Malaysia diasak hebat barisan serangan Myanmar yang berjaya mengucar kacirkan kubu yang dipimpin Aidil Zaquan Abdul Razak.

Malah, Izham juga sekali sekala terpaksa keluar dari posisinya untuk menepis beberapa percubaan berbahaya oleh Myanmar.

Skuad Harimau Malaysia akan ke Johor Baharu bagi menghadapi Timor Leste pada dua aksi playoff Piala Asia 2019 pada 2 dan 6 Jun ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

- Advertisement -