mas.mac

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi persahabatan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaysia dan Macau berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kehadiran hampir 20 ribu penyokong setia Harimau Malaysia tampak tidak memberi kesan terhadap prestasi anak didik Datuk Ong Kim Swee.

Malaysia secara keseluruhannya menguasai perlawanan dengan asakan bertali arus menerusi percubaan kapten pasukan, Mohd Amri Yahya dan Norshahrul Idlan Talaha.

Namun pertahanan Macau yang menduduki ranking ke 195 dunia ini bijak mematahkan asakan Malaysia.

Penjaga gol Macau Ho Man Fai juga cemerlang menafikan beberapa percubaan Malaysia termasuk dua sepakan percuma pemain gentian , Mohd Hafiz Kamal dim init ke 78 dan 93.

Keputusan seri itu jelas membanggakan pengendali Macau Tam Sao Lan yang mampu mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi.

“Kami bermain dengan baik sepanjang perlawanan dan tidak mengalah sehinggalah tamat perlawanan, Dari aspek taktikal, Malaysia lebih baik berbanding kami. Mereka mencipta banyak peluang, pemain pemain juga bekerja keras khususnya di babak kedua perlawanan untuk menafikan jaringan,” kata Tam Sao Lan.

Kekecewaan jelas terpancar diwajah Datuk Ong Kim Swee diatas kegagalan anak didiknya menghasilkan gol.

Malah perlawanan ini dianggap penting buat Malaysia dalam misi memperbaiki ranking Malaysia yang kini berada di tangga ke 166 dunia.

“Saya tidak boleh terima keputusan ini, begitu juga dengan pemain dan penyokong yang inginkan kemenangan. Apa yang kami lakukan malam tadi masih tidak mencukupi dan ia sesuatu yang perlu kami fikirkan. Kami perlu pertajamkan bahagian serangan,” kata Datuk Ong Kim Swee.

Malah, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan corak permainan bertahan Macau menyukarkan barisan pemain negara untuk mencipta gol ke atas pelawat.

Malaysia akan berehat seketika sebelum menghadapi playoff Piala Asia pada Jun nanti.

- Advertisement -