Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) mengalami kerugian sekurang kurangnya RM 35 juta musim ini susulan penularan kes Covid 19.

Perkara tersebut disahkan pemilik Juara Liga Super tujuh kali, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ia dijangka memerlukan masa sehingga dua tahun untuk melalui proses pemulihan.

Justeru sebagai langkah penjimatan, JDT akan mempraktikkan perbelanjaan yang berhemat bagi musim depan serta sebagai langkah berhemat sepanjang tempoh penularan Covid 19.

Dalam pada itu, Tunku Ismail ketika sidang media hari ini turut mengesahkan pihaknya dalam fasa akhir untuk memuktamadkan beberapa perkara bagi mencapai sasaran kelab bernilai RM 1 bilion pada tahun depan.

Beliau menjangkakan ia akan diselesaikan pertengahan tahun depan dan segala perancangan kini berada diantara 75 hingga 80 peratus.

Empat syarikat antarabangsa berminat untuk bekerjasama dengan JDT termasuk menjadi penaja.

 

- Advertisement -