Johor Darul Takzim (JDT) akan menjadi kelab pertama dalam Malaysia untuk mempraktikkan amalan kelab-kelab di Eropah dengan memberi kuasa kepada pengurus pasukan untuk menjadi âbig bossâ.
Pasukan itu mengambil langkah awal sebagai persiapan menghadapi musim 2019 yang lebih mencabar apabila melakukan rombakan pada barisan kejurulatihan.Â
Andai mengambil kira kenyataan oleh Alistair Edward, Pengarah Teknikal JDT, bekas bintang import dari Argentina, Luciano Figueroa adalah figura utama dalam barisan kejurulatihan baru dan Benjamin Mora serta Hamzani Omar akan bertindak sebagai pembantunya. Â
âKetiga-tiga mereka akan dihantar ke Atletico Madrid, Manchester City dan Wolverhampton Wanderers untuk menjalani kursus bagi meningkatkan lagi ilmu kejurulatihan.
âKami mengambil kesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada Raul Longhi serta dua pembantu iaitu Rui Rodriguez dan Ismail Ibrahim di atas perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang membimbing pasukan.
âIni adalah perancangan kelab dari awal musim tetapi kelab tidak mengumumkannya kerana menunggu waktu yang tepat,â kata Alistair.
Itu kenyataan rasmi dari JDT sendiri namun Malaysia Football League (MFL) terdahulu memaklumkan skuad harimau selatan itu telah mendaftarkan Mora sebagai ketua jurulatih baru mereka justeru siapa yang akan mempunyai peranan lebih besar masih dalam tanda tanya.
Sebagai rekod, selain liga domestik, juara Liga Super lima kali berturut-turut itu akan turut beraksi di Liga Juara-Juara Asia.
Sementara itu, tempat Mora di JDT II pula telah diisi oleh Ervin Boban yang sebelum ini mengendalikan pasukan JDT III, dan dia dijangka akan dibantu oleh Shakir Shaari yang akan terlebih dahulu dihantar menjalani kursus kejurulatihan.Â
Mereka juga merancang menghantar âkereta kebalâ di barisan pertahanan, untuk menjalani kursus kejurulatihan selepas dia mengumumkan persaraan sebagai pemain. – OLEH MUHAMMAD AIMAN