Harith Farhan in action during the ADC practice session at Autopolis 23

Mohd Harith Farhan Baharin hopes to put his knowledge around the Suzuka Circuit to good use in his bid to step on the podium in Round Four of the PETRONAS Asia Road Racing Championship this 5 to 7 September.

His rookie year in the developmental Asia Dream Cup series, Harith believes the experience he gained from competing in the inaugural Suzuka 2-Hour Endurance Race held last June will put him on a level playing field with usual podium contenders, unlike the past two rounds where he struggled to keep pace.

The 16-year old is currently placed in 10th overall in the overall standings with 39 points. 

Compatriot, Khairul Idham Pawi leads with a whopping 145 points, 30 points ahead of Japan’s Teppei Nagoe with 105 points while Indonesia’s Aditya Pangestu takes third overall with 78 points.

“We were at a disadvantage at Sentul (Indonesia) and Autopolis (Japan) because I have never raced there before but for Suzuka it’s different. We have a lot of mileage and data from the 2-Hour Endurance and we aim to use it to devastating effect next weekend,” said Harith.

 He went on to add, “With everyone on a level playing field, we expect the competition to be far more open at Suzuka. Of course Khairul and the Japanese riders will still be at the front because they are more familiar with the circuit but this time the gap would not be so big and some of us might actually stand a chance to beat them.”

“I’m feeling really positive and excited for FP1.”

 

HARITH JANJI BERI CABARAN DI SUZUKA 

Mohd Harith Farhan Baharin berharap pengalaman beraksi di Litar Suzuka pada saingan Suzuka 2-Hour Endurance Jun lepas dapat digunakan untuk membantu meraih keputusan positif pada penyertaan di Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di litar sama bermula 5 hingga 7 September ini.

Beraksi di dalam kelas pembangunan Asia Dream Cup (ADC), Harith percaya pengalaman yang diperolehi sebelum ini mampu membantunya untuk menjejakkan kaki ke podium, atau setidak-tidaknya bersaing di dalam kelompok lima pelumba terbaik, memperbaiki aksi kurang konsisten sepanjang tiga pusingan lepas iaitu pada pusingan pertama di Sepang, Malaysia, diiktui pusingan berikutnya di Sentul, Indonesia dan Autopolis, Jepun.

Setakat ini, pelumba berusia 16 tahun itu sekadar berada di tangga ke-10 dalam senarai keseluruhan dengan mengumpul 39 mata, jauh ketinggalan berbanding rakan senegara yang juga pendahulu keseluruhan, Khairul Idham Pawi yang telah mengumpul 145 mata selepas meraih lima gelaran juara dan satu gelaran naib juara.

Pelumba Jepun, Teppei Nagoe di tangga kedua dengan 105 mata diikuti pelumba Indonesia, Aditya Pangestu ketiga, 78 mata.

“Ketika di Sepang, nasib saya tidak begitu baik manakala pada dua pusingan berikutnya, saya gagal beraksi dengan baik kerana kurang pengalaman dan tidak biasa dengan litar. Namun berbeza dengan perlumbaan di Suzuka kerana saya pernah beraksi di litar ini ketika menyertai perlumbaan Suzuka 2-Hour Endurance dan kami juga turut mempunyai data-data penting yang boleh digunakan sewaktu perlumbaan ADC nanti,” jelas Harith.

Tambahnya, “Cuma kebanyakan pelumba lain juga turut beraksi dalam saingan Suzuka 2-Hour Endurnce, jadi saya rasa saingan kali ini pasti lebih terbuka. Meskipun Khairul dan pelumba-pelumba Jepun mempunyai lebih banyak kelebihan kerana sudah begitu serasi dengan litar ini berbanding pelumba lain, namun rasanya mereka tetap akan mendapat tentangan hebat dan berdepan cabaran sengit untuk menang, malah mungkin ada diantara kami yang mampu menggugat kedudukan mereka di hadapan.

“Semangat saya begitu berkobar-kobar dan tidak sabar untuk turun ke litar,” jelas Harith.

- Advertisement -