rio.olympics

Oleh Ku Mohd Lufti

Dalam kejayaan jaguh badminton perseorangan negara, Datuk lee Chong Wei yang merangkul kejuaraan ke 11 di Kejohanan Badminton Superseries Terbuka Malaysia minggu lalu, masih ada individu yang belum mahu duduk selesa.

Itulah tugas jurularih perseorangan negara, Hendrawan yang terus kembali memberi tumpuan terhadap persediaan Lee Chong Wei untuk menghadapi sukan Olimpik Rio Ogos nanti.

Bagi Hendrawan, kejayaan yang diraih di Stadium Melawati Shah Alam perlu ditangguhkan dahulu dan tidak mahu diperbesarkan kerana bimbang ia akan menjejaskan persiapan pemain berusia 33 tahun itu.

“Bukan tugas mudah untuk mempersiapkan dia (Lee Chong Wei) dalam tempoh setahun ini. Pastinya rakyat Malaysia mengharapkan Chong Wei seperti dulu tetapi hakikatnya beliau sudah berbeza. Maknanya dari segi usia yang sudah meningkat. Perjalanan kariernya tidak lagi seperti ketika Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London). Banyak perkara yang perlu saya ambil kira kerana beliau juga sudah berkeluarga,” kata Hendrawan.

Bukan sahaja Hendrawan, malah seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock turut sama bergandingan dengan Hendrawan dalam mempersiapkan Lee Chong Wei ke Sukan Olimpik Rio.

“Saya tidak boleh mengarahkan Chong Wei untuk mengikuti cara, latihan dan pertandingan seperti yang saya mahukan. Saya mengharapkan dia mampu untuk memberikan tempoh empat bulan ini untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap Sukan Olimpik. Dia ada keluarga, kawan, apa yang pentuing dia perlu mengetepikan apa yang kurang penting ketika ini,” tambah Hendrawan lagi.

Chong Wei merangkul kejuaraan ke 11 Terbuka Malaysia selepas menundukkan jaguh nombor satu dunia, Chen Long dengan kemenangan straight set.

- Advertisement -