Hive menghargai sumbangan atlet paralimpik untuk negara dan ingin memberi sokongan supaya atlet dapat meningkat kan lagi tahap kecerdasan mereka bagi dapat meningkat kan pencapaian pingat untuk pertandingan Sukan Paralimpik Tokyo yang akan diadakan pada 24 Ogos sehingga 4 September 2021.
Sehubungan dengan itu, Syarikat Hive akan memberikan basuhan kenderaan percuma seumur hidup kepada semua pemenang pingat untuk kejohanan paralimpik yang akan datang.
Untuk atlet Paralimpik yang tidak bertanding juga tidak akan ketinggalan, Dimana mereka juga akan mendapat basuhan pertama yang percuma dan promosi- promosi yang menarik khas untuk mereka di masa akan datang.
Walaupun sumbangan Hive bukan berupa wang tunai atau imbuhan tunai. Kami yakin ianya akan membantu mengurangkan kos perbelanjaan atlet terutamanya untuk Car Detailing mereka.
Sememangnya kita tahu Atlet Paralimpik kita akan sibuk menjalani Latihan mereka, disini dapat menjimatkan masa dan memberi kemudahan kepada atlet untuk mendapatkan basuhan kenderaan mereka dihujung jari dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka.
Hive adalah aplikasi ekosistem basuhan kereta yang pertama di Malaysia dimana menghubungkan pemilik kenderaan – Pusat Basuhan Kereta – Produk Basuhan Kereta – Insuran dan pengiklanan dalam satu platform digital. Platform ini akan memanfaatkan 5.8 Juta kenderaan penumpang yang aktif di dalam Malaysia.
Aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat tempahan secara online untuk menjimatkan masa, tanpa merisaukan tentang kualiti basuhan dan disamping menikmati ganjaran sebagai pengguna aplikasi di serata Malaysia.
Hive juga membantu pengusaha pengusaha basuhan kereta di Malaysia untuk meningkatkan lagi servis jualan mereka melalui aplikasi ini disamping menikmati insentif-insentif dari Hive.
Secara tidak langsung, membantu dari sudut pendapat mereka yang sememagnya terkesan akibat Pendemik Covid-19. Jesteru itu Hive juga mempromosikan pengusaha basuhan kereta melalui aplikasi ini.
Hive akan menubuhkan akademi untuk tujuan latihan kepada pelajar-pelajar dan orang awam yang berminat untuk mempelajari industri “Car detailing” yang sememangnya akan memanfaatkan mereka yang berminat menjadi penguasaha dan juruteknik basuhan kereta.