Rentak cemerlang pasangan bergu campuran negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei berterusan selepas melepasi pusingan pertama Terbuka Austria semalam.
Hon Jian dan Ee Wei yang juga juara Kejohanan Antarabangsa Slovenia 2021 baru baru ini melakar kejutan selepas menundukkan pilihan kelapan tuan rumah Philip Berker-Katharina Hochmeir dalam aksi tiga set, 21-11, 21-23, 21-12.
“Segalanya baik untuk kami di set pertama tetapi saya banyak melakukan kesilapan servis dan ia sedikit menjejaskan emosi saya,”kata Toh Ee Wei.
Choong Hon Jian-Toh Ee Wei akan berdepan pasangan bergu campuran muda negara, Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan yang menundukkan gandingan Perancis, Nicolas Hoareau-Laeticia Jaffrennou straight set 21-19,21-16.
Satu lagi bergu campuran muda negara, Beh Chun Meng-Cheng Su Hui turut mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Belanda Aram Mahmoud-Amy Tan 21-14, 19-21, 21-12.
Beh Chun Meng-Cheng Su Hui dijadual berdepan pilihan keenam dari Poland Pawel Smilowski-Wiktoria Adamek yang mengenepikan pasangan negara Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin.
Wakil perseorangan lelaki menyaksikan Justin Hoh mara ke pusingan kedua selepas lawannya, dari Slovenia Milan Dravata terpaksa menarik diri di set pertama ketika Justin sedang mendahului 11-5.
Justin akan berdepan pemain Indonesia, Panji Ahmad Maulana di pusingan kedua hari ini.
Saingan bergu lelaki menyaksikan empat wakil negara, Beh Chun Ming-Goh Boon Sze, Muhd Fazriq-Justin Hoh, Chengf Yee Jun-Chia Wei Jie dan Muhd Haikal-Wan Junaidi Wan Arif menempah slot ke pusingan kedua selepas mengatasi lawan masing masing di pusingan pertama.
Sementara tiga wakil negara gah meneruskan cabaran dalam saingan bergu wanita iaitu; Cheng Su Hui-Cheng Su yin, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Anna Cheong-Yap Cheng Wen.
Tiada wakil acara perseorangan wanita mara ke pusingan seterusnya selepas pemain negara Khor Jing Wen tewas kepada pemain Switzerland Jenjira Stadelmann 10-21, 21-12, 21-17 sementara Siti Nurshuhaini terpaksa menarik diri sekali gus memberi kemenangan percuma kepada wakil Sepanyol Beatriz Corrales.