Kem badminton negara ‘menggegar’ Impact Arena apabila bergu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See menjadi wakil negara pertama mengesahkan slot ke separuh akhit Toyota Terbuka Thailand.
Turun dengan status underdog, Pang Ron dan Yee See nyata bukan tandingan pilihan kelima dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja diawal saingan apabila tewas 12-21.
Namun kebangkitan gandingan ranking 41 dunia ini bermula dipenghujung set kedua apabila meraih mata demi mata untuk mendahului sekaligus menang 21-19 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Seakan akan sudah mampu membaca kelemahan lawan, Hoo Pang Ron tampak lebih banyak memainkan peranan untuk membuka ruang sekaligus meraih mata ke atas Hafiz rakannya Gloria yang mempunyai ketinggian 1.82m.
Persaingan cukup sengit di set penentuan tatkala kedua dua bergu hanya dibezakan satu mata.
Namun Pang Roon dan Yee See terus fokus dan tenang mencari ruang memastikan kemenangan memihak mereka 21-19 sekaligus mara ke slot empat terbaik.
Mereka akan berdepan pilihan keempat dari Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yujung yang menang ke atas gandingan tuan rumah, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 24-22, 21-18.