Susulan penggantungan melibatkan dua pemain badmiton negara, Zulfadli Zulkifli dan Tan Chu Seang sudah sampai ke pengetahuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria menerima hukuman penggantungan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Malah, tiada kompromi terhadap pemain pemain samada yang bernaung dibawah BAM atau menyertai kelab luar bagi memastikan gejala mengatur perlawanan dan menerima rasuah tidak berulang lagi.

BAM juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membendung gejala ini.

“Saya akan menyerahkan laporan berjumlah 65 muka surat kepada SPRM, kerana ini adalah perkara yang baru dan ia akan jadi rujukan di masa akan datang,”Kata Norza ketika sidang media khas di Bukit Kiara.

Resorts World Genting Champions Challenge - Muar City Badminton Club - Mens Single - Tan Chun Seang. Photo Credit - www.1titan.com

Zulfadli di kenakan penggantungan selama 20 tahun dan didenda USD 20 000 atas 27 pertuduhan manakala Tan Chu Seang didenda 15 tahun serta denda USD 15 000 atas 26 pertuduhan.

Bagi Anggota Jawatankuasa Peraturan, Displin dan Integriti BAM, Jadadish Chandra, hukuman yang diberikan oleh BWF adalah setimpal, malah, masa depan kedua dua pemain dalam badminton masih ada.

“Hukuman ini adalah setimpal berbanding penggantungan seumur hidup. Setidak tidaknya mereka boleh kembali dan berada di dalam bidang kejurulatihan,”kata Jadadish.

Tambahnya lagi, Zulfadli dan Tan Chun Seang boleh mengemukakan rayuan kepada BWF dalam tempoh 21 hari bermula hari ini.

Kedua dua pemain perlu menjelaskan denda yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

 

 

 

 

- Advertisement -